Thursday, August 25, 2011

pak cik teksi..





tiap kali aku lihat..
pak cik tua itu..
berteksi usang merah,
beruniform putih lusuh..
yang menjangkau lebih separuh abad.




masih setia menanti, 
pelanggan yang datang simpati, 
menumpang teksi usang..
dalam sibuk hidup harian,


aku terfikir,
dalam umur lanjut begitu,
dimana anak-anakmu pakcik?
bagaimana keluargamu pula?
masih sihatkah isterimu?
umurmu bukan untuk memandu teksi pakcik..
sihat tuamu perlu dihiasi langkah-langkah ibadah,
biar anak-anak yang memberi nafkah..




debu-debu senja petang bertiup,
dan pak cik itu masih menunggu..
dan esok, masih menunggu.




12 feb 2011 / uia gombak





No comments: