Saturday, April 23, 2011

kali pertama bertemu sekaligus yang terakhir untuk selamanya..



salam takziah, hari jumaat..

tengah2 angkut simen tolong encik abah buat umah, tiba2 encik abah dapat panggilan telefon waktu tengah hari tu..aku dok dengar je dari jauh..

Encik Abah ..'' ye...bila? 5 minit lepas?..ok2..6t oraang gerak lepas solat jumaat'' 

aku..'' asal bah? ''

Encik Abah..'' Moyang sedara da meninggal..cepat siap..nanti nak balik qlate..''

Al-Fatihah untuk Tok Ku Mat..moyang sedara aku..Alhamdulillah sempat jumpa dengan Arwah, tengok muka ja la..rasa sedih jugak, sebelum ni sempat nak berbual kenal ngan arwah..bila da takde..rasa kehilangan plak..

bak kata2 orang lama.." orang tua itu adalah sejarah yang hidup ''



orang tua ni lah sebagai sumber sejarah lisan kita, selain buku2 sejarah yang kita baca time kat skolah..buku2 sejarah tak dapat menggambar kan realiti yang sebenar tentang sejarah, tetapi, orang tua yang mengalami , melihat, merasai akan sejarah itu sendiri..
oleh itu, hargai lah ''sejarah hidup'' kita sementara mereka masih bernyawa..


aku bersyukur masih ada lagi kedua atok n nenek baik belah puan ummi n belah encik abah..moga2 Allah panjangkan umur diorang..i love them very2 much <3 <3 <3


No comments: