Saturday, May 15, 2010

di iktiraf ke cikgu yang camni??

tu dia, ari ni..tersedar bangun pagi, aku kelam kabut berlari-lari ambik kelengkapan mandi, cebur..cebur..mandi sekadar perlu.pakai apa yang perlu n then berlari-lari ke bus stop..tunggu cikgu aku, dia cakap nak bawak aku ke sekolah..ari tue dia call, " ha, cik sekapur, hari sabtu ni tunggu cikgu kat depan bus stop ye, cikgu nak bawak awak ke sekolah'' kata cikgu zaki.
'' oh, ok2 cikgu nanti saya tunggu cikgu..''balas aku.

       dengan muka sembab, mata lebam2 tak cukup tido, sebab semalam tido lewat aku tunggu cikgu kat depan bus stop tu. ikut kan hati, tak naknya aku ikut cikgu pegi sekolah tuh, tapi mengenangkan dia seorang cikgu, lebih-lebih lagi esok hari guru..aku tak nak lah menghampakan harapan seorang pendidik.dosa besau derhaka kat cikgu tau!!..

    pukul 9 lebih, cikgu sampai dengan keretanya. aku terpegun, ade budak-budak perempuan kat seat belakang, ramai gak tu..aihh!! segan aku dibuatnya..selaku makhluk yang semakin pupus ni, aku sering diusik-usik oleh perempuan, tu yang aku tak leyh tahan tuh..even ngan awek jijik semalam pun..(^.^'')v 


    cikgu lagi sempoi giler dressing, pakai jeans, baju racing ducati, n cermin mata hitam..woha!! aku tabik spring cara cikgu dressing..aku tanya cikgu, '' cikgu, kelas start pukul brape ari ni? "..'' pukul 10 start kelas." ujar cikgu dengan penuh selamber ya ya..dalam hati aku, '' pelik..biasa cikgu-cikgu sekolah aku dulu, kelas start pukul 7.30 pagi ". buat-buat faham je lah..


    dalam 15 minit gitu, cikgu tiba-tiba cakap.." okeh!, kita da sampai kat sekolah!!"..dengan muka yang berseri-seri..aku perhati betul -betul papan tanda sekolah...




















































 " sekolah kemahiran memandu " ...cancell planning aku nak celebrate hari guru ngan dia esok!!

No comments: