Monday, April 19, 2010

Satu kisah di ataS bas..

    tarikh ; 18 april 
    tempat ; dalam bas, atas kerusi


 pagi hari..10.00 a.m
     tunggu bas nak ke stesen bas..ntah camne aku bleyh terlepas bas..terpaksa menanti dengan penuh penyiksaan..:(  

     dalam bas, nak ke stesen bas...ada 4 brader nek bas skali ngan aku, 2 pakai short, 2 pakai jeans, sorang brader tu, yang pakai short, siap ada nombor lagi kat seluar short dia..warna merah..macam nombor I.D je..pakai selipar jepun, yang transparent punya..

      tanya brader 4 orang tu dari mane..diorang cakap dari penjara Marang, baru lepas dari hukuman, hisap dadah..berapa tahun diorang kat dalam tu, aku pun tak sure, nak tanya lebih-lebih kan..tak sedap hati lah pulak..tapi yang pasti, diorang kat dalam penjara memang lama..sorang brader tu, dia cerita kisah dia, time tahun 1999 dulu..amat lame tuh..sekarang dah 2010, baru diorang lepas hukuman..

      dengan berbekalkan, RM 17.20, hasil gaji diorang wat keje dalam penjara, RM 0.30 sehari, itu pun, bukan keje tiap2 hari..diorang balik umah masing-masing..kesian aku tengok keadaan diorang, seluar dan selipar penjara punya diorang bawak balik..sebab dah tak ada seluar lain, selipar lain..kurus je diorang..

       dengan melihat diri aku yang tengah belajar di U, diorang pun nasihat lah..''jangan hisap dadah dik, jangan jadi cam kami ni''...''kami pun tak boh(xnak) dah masuk balik kat dalam sana''...dalam hati aku, aku doakan diorang ni, balik umah nanti, cari lah kerja baik2, moga hidup diorang cerah di masa depan..

     dalam perjalanan kehidupan, perkara biasa bagi manusia tersalah langkah, tersongsang pilihan dalam memilih keputusan hidup..dan kisah 4 brader tadi, salah satu dari berjuta-juta kisah manusia yang tersalah memilih keputusan hidup..aku??..juga pernah salah memilih keputusan hidup aku..
        

No comments: