Monday, March 8, 2010

aku mahu pulang..

aku..
aku yang membawa kamu ke " lembah kehinaan ini",
maka aku lah yang bertanggungjawab penuh atas kamu,
atas segala tindak-tanduk, tingkah -laku,
yang berkaitan dengan "lembah kehinaan" ini,
aku yang bertanggungjawab..


kini..
aku sudah ingin pulang kepada-NYA,
maka aku bertanggungjawab, menunjukkan kamu,
jalan-jalan ke taman keinsafan..
teduhan-teduhan taubat..
yang dipenuhi dengan warna-warni keimanan..


aku..
yang bertanggungjawab mengembalikan dirimu kepada asalmu..
yang bersih..yang dulunya,
tak terpalit debu-debu dosa pada dirimu..


aku
yang bertanggungjawab untuk mengubah dirimu,
kepada kemuliaan,.


aku..aku..aku..


sesungguhnya,
dosa-dosa semalam yang tak pernah terpadam,
yang sering menghantui aku,
setiap langkah,
setiap degup jantung,


berat..sangat berat terasa beban dosa yang aku tanggung ni..
dosa sendiri sudah tak tertanggung..di tambah pula dengan dosa kamu,
yang mana..aku yang penyebabnya..


bukan salah kamu..bukan silap kamu..
tapi, aku..
yang pincang dan goyah dalam mengemudi hidup aku sendiri..


maafkan aku..
sebelum aku pulang kepada-NYA..
harapan ku..
kamu sudah beristirehat di dalam taman keinsafan,
dipayungi teduhan2 taubat..


bantulah aku..demi menghadap-NYA..

No comments: